Skip to content
Home » Berita » Kunjungan Dan Mesyuarat Kerjasama Diantara SRC Global Resources Sdn Bhd Dengan Politeknik Ibrahim Sultan

Kunjungan Dan Mesyuarat Kerjasama Diantara SRC Global Resources Sdn Bhd Dengan Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh : 07 JANUARI 2025.

Satu mesyuarat kerjasama diantara SRC Global Resources Sdn Bhd dengan Politeknik Ibrahim Sultan telah dilaksanakan di Bilik Persidangan PIS. Kunjungan Pihak SRC Global telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Mohd Arifin, CEO SRC Global, YBrs. Encik Dawan bin Ibrahim, Pegawai Penyelaras SRC Global, YBrs. Encik Kamaruddin bin Daud, Pegawai Hubungan Industri SRC Global dan Encik Mohd Sharul bin Shamsul, Pembantu Pegawai Industri SRC Global. Kunjungan ini telah disambut dan disantuni oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, YBrs. Hj Hamzah bin Zakaria, YBrs. Ts. Dr. Nor Hidayu bin Shahadan, Ketua Unit RUC dan barisan Ketua-ketua Jabatan Akademik PIS.

Kunjungan dan mesyuarat ini bertujuan menjalinkan kerjasama strategik berimpak tinggi dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan nilai tambah pensijilan professional kepada pekerja industry, staff dan mahasiswa. Semoga pertemuan ini membuka lembaran baru tahun 2025 diantara institusi dan pihak industri ke arah kecemerlangan bermula tahun ini dalam melaksanakan halatuju PIS 2023-2030.

“Revolutionizing Talent, Redefining Futures”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *