Skip to content

Diploma Kejuruteraan Mekatronik

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


Home » Program Pengajian » Diploma Kejuruteraan Mekatronik

RINGKASAN PROGRAM

Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer [CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji Daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa, dan Aplikasi Sistem Terbenam. Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit.  Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, dan Aplikasi Komputer.

Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula adalah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan; Komunikasi dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-

  • Pembantu Juruteknik
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Jurutera Permohonan
  • Penyelia Sistem Kawalan
  • Automasi dan Penyelia Robotik
  • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik

Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti