Skip to content
Home » Berita » MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM-3, 2024

MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM-3, 2024

Tarikh : 19 DISEMBER 2024.

Program Kolokium-3 2024 telah dilaksanakan di peringkat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan meggabungkan dua program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti Dengan Kepujian (BTH) dan Sarjana Muda Rekabentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian (BVC).
Kolokium ini telah dilaksanakan bermula 18 hingga 19 Disember ini akan dijadikan program tahunan secara anjuran bersama bagi memenuhi keperluan kurikulum dengan memberi peluang kepada pelajar dalam melontarkan idea untuk melaksanakan projek akhir pada semester hadapan. Hasil yang dibentangkan dalam proposal merupakan hasil pelaksanaan Integrated curriculum, Design Thinking dan CDIO yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada semester hadapan.
Pada kolokium kali ini juga 5 orang pelajar BVC semester 5 turut membentangkan projek akhir pelajar yang telah siap sebelum melayakkan mereka menjalani ‘work based learning’ pada sesi akademik 2: 2024/2025. Program ini telah melibatkan seramai 42 orang pelajar dari BVC dan BTH ini telah membuat pameran poster dan penilaian serta penyampaian hadiah kepada yang memperolehi kejayaan cemerlang.
Semoga program ini dapat meningkatkan keyakinan diri mahasiswa dan pendidikan pelajar yang lebih terancang serta menepati pelaksanaan PdP dalam bidang masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *