Tarikh : 18 NOVEMBER 2024.
Sesi temuduga pelajar-pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Hotel yang akan menjalani Work-Based Learning (WBL) telah diadakan bermula jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Seminar ULPL. Turut diadakan selepas sesi temuduga telah dilaksanakan juga Mesyuarat Penyelarasan WBL Bersama Industri Dalam Pemantapan Pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) Politeknik Ibrahim Sultan bagi Program BTH Dan DHM Bagi Tahun 2024.
Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan pelaksanaan program Work Based Learning (WBL) dari pihak industri yang telah menerima pelajar-pelajar program BTH dan DHM bagi sesi 1 dan 2 2023/2024 dalam sektor pelancongan dan hospitaliti. Mesyuarat ini melibatkan wakill-wakil dari tujuh (7) industri bersama-sama pengurusan Unit WBL dan pengurusan tertinggi Politeknik Ibrahim Sultan. Mesyuarat penyelarasan ini adalah sangat penting dan salah satu medium yang baik dalam penambaikkan pengurusan program WBL ini diperingkat institusi dan industri dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Di samping itu ia juga perlu dilaksanakan bagi memenuhi garis panduang pelaksanaan WBL yang telah ditetapkan. Kehadiran industri ini juga telah memberi ruang kepada pihak industri dalam keterlibatan penilaian hasil kerja pelajar bagi program Diploma Pengurusan Hotel.
Semoga pelaksanaan program ini meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar serta mengeratkan lagi kerjasama antara institusi dengan industri.