Tarikh : 13 NOVEMBER 2024.
Penilaian projek pelajar semester akhir JRKV telah dilaksanakan di DTLAJ, PIS. Penilaian Industri luar merupakan jemputan panel dari industri bagi bidang Seni Kreatif telah dilaksanakan bagi memastikan hasil projek pelajar mencapai keperluan industri hari ini. Setiap pelajar telah dinilai dengan memperagakan hasil tugasan mereka dalam bentuk pameran.
Sama-sama kita saksikan pameran hasil projek akhir pelajar ini yang juga akan dipamerkan pada Viscom Show Ke-39 pada 18 dan 19 November 2024 di DTLAJ.
Semoga penilaian yang dilaksanakan memberi manfaat dan pendedahan buat semua pelajar.