Tarikh : 11 NOVEMBER 2024.
Lawatan Pemantauan oleh Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar JPPKK ke Inkubator Keusahawanan PIS telah diadakan di Galeri CDeC PIS. Lawatan telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Asyraf bin Md. Sum, Timbalan Pengarah, Unit Keusahawanan dan Alumni, JPPKK. Kehadiran beliau dan delegasi Unit Keusahawanan dan Alumni, BAPP telah disambut oleh YBrs Encik Mohd. Firdaus bin Mohd Noor, TPSA PIS dan Ybrs. Encik Norfaridzen bin Tohit Ketua Unik Keusahawanan PIS. Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah YBrs. Encik Abdul Razak bin Salim Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang, YBrs. Encik Khairul Anuar bin Ab. Wahab, Pengarah, Kolej Komuniti Kluang Johor, YBrs. Shahrulnizam Bin Siran, Setiausaha Keusahawanan, PolyCC Zon Johor.
Dalam sesi lawatan ini Pensyarah Penyelaras Inkubator dan Pelajar Inkubator turut terlibat dengan membuat reruai masing-masing bagi mempromosi produk jualan yang diusahakan. Promosi reruai Inkubator keusahawanan yang terlibat adalah daripada Poly Design, Poly Boutique, Poly Cuisine, Poly Travel, Poly Gajet, Poly InnoBot, Poly Studio dan Poly e-Sulam.
Semoga melalui lawatan ini pelajar dapat mendapat pendedahan dan perkongsian pengetahuan serta pembudayaan keusahawanan dapat dilaksanakan dengan terancang dan memberi implikasi positif dalam PdP luar kelas bagi kursus Keusahawanan.