Tarikh : 03 NOVEMBER 2024.
Sekalung tahinah dan syabas kepada 7 orang atlet pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang mewakili pasukan Malaysia, kerana telah berjaya memperoleh pingat perak dalam acara 200m lelaki dan pingat gangsa acara 2000m lelaki di kejohanan 2024 ICF Dragon Boat World Championship, Philipines. Temasya sukan ini telah diadakan pada 31 Oktober hingga 3 November 2024 di Puerto Princesa Philipines.
Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi buat semua mahasiswa terutama mahasiswa di PIS.