Skip to content
Home » Berita » Bengkel Integrated Curriculum For Polycc: Cdio Integrated Curriculum Framework And Designs.

Bengkel Integrated Curriculum For Polycc: Cdio Integrated Curriculum Framework And Designs.

Tarikh : 08 NOVEMBER 2024.

Bengkel Integrated Curriculum for PolyCC: CDIO Integrated Curriculum Framework And Designs telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 hingga 8 November 2024. Bengkel ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, dan Unit Latihan dan Pengajian Lanjutan, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Seramai 54 peserta dari kalangan pensyarah, dan pelajar Ijazah Sarjana Muda PIS telah diberi input tentang PIS sebagai World CDIO member institution serta amalan pensyarah POLYCC dalam pelaksanaan integrated curriculum sejak tahun 2016.
CDIO integrated curriculum merupakan kaedah PdP di mana beberapa beberapa kursus, beberapa jabatan ataupun beberapa institusi digabungkan untuk melaksanakan satu projek atau aktiviti. Pelbagai Penilaian Berterusan dibuat melalui projek atau aktiviti ini.
Penceramah bengkel adalah Dr. Hjh. Nor Haniza Mohamad, Puan Nor Salwa Binti Sukor dan Puan Khatijah Md Saad yang mempraktiskan CDIO Integrated Curriculum.
InsyaAllah melalui bengkel ini, lapan penerbitan berkaitan amalan CDIO akan dihasilkan pada tahun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *