Skip to content
Home » Berita » Tahniah MEDEX Sesi 1 : 2024/2025

Tahniah MEDEX Sesi 1 : 2024/2025

Tarikh : 27 Oktober 2024

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah pun mengadakan Majlis Penutup Mechanical Engineering Department Exhibition (MEDEX) sesi 1: 2024/2025, di Dewan Laksamana Tunku Abdul Jalil. Program telah disempurnakan oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim TPA PIS dan turut dihadiri YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor TPSA PIS, YBrs. Hj Hamzah bin Zakaria TPGS PIS, YBrs. En. Aswan bin Khamis @ Maharan, CEO Aito Fireworks merangkap Ketua Juri Penilai MEDEX dan YBrs. Puan Irinah binti Abdullah, Ketua Jabatan JKM.Turut hadir sama dalam majlis ini, barisan Panel Penilai jemputan dari Industri, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah JKM dan Para pelajar Semester Akhir JKM.
Program yang berlangsung telah dimulakan dengan penilaian projek pelajar semester akhir JKM bagi sesi I: 2024/2025 oleh penilaian Juri Industri, Pameran Projek Pelajar Semester Akhir dan Majlis Perasmian Penutup MEDEX. Program ini telah mengetengahkan pelbagai idea dan inovasi kreatif daripada pelajar dan memberikan impak positif daripada penilai industri.
Semoga melalui program ini bukan sahaja menjadi kayu ukur kepada kejayaan dan kebolehpasaran pelajar malahan memberi impak kepada pengetahuan tambahan pelajar melalui pandangan serta perkongsian ilmu daripada juri penilai industri luar yang juga merupakan rakan kolaborasi industri di PIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *