Tarikh : 17 Oktober 2024
nugerah Akademia Politeknik dan Kolej Komuniti (AA POLYCC) 2024 melabuhkan tirainya petang tadi dengan menyaksikan seramai 12 anugerah berjaya dirangkul.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang turut merasmikan program tersebut di Hotel Impiana, di sini, hari ini. Hadir sama adalah YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Pengarah-pengarah POLYCC serta rakan industri.
Tahniah Puan Farhana binti Norazman menerima Anugerah Pembelajaran dan Pengajaran dan Puan Alyyati binti Mohd Talib finalis Anugerah Ikon Kokurikulum