Skip to content
Home » Berita » Outreach Kesuma 2024

Outreach Kesuma 2024

Tarikh : 17 Oktober 2024

Telah berlangsung Program OUTREACH anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Jawatankuasa Pekerjaan di Bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Program yang berlangsung pada 17 Oktober lalu di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil telah dirasmikan oleh

YBrs. Dr. Ajitpal Singh A/L Santokh Singh, Ketua Penolong Setiausaha,
Bahagian Dasar Perburuhan,
Kementerian Sumber Manusia.


Program turut dihadiri oleh
YBrs. Dr. Rohaniah binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah,
Ketua Seksyen Teknologi,
Bahagian Kurikulum


Wakil Rasmi, Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti; YBrs. Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik PIS serta YBrs. Puan Rohaida binti Razi, CiDe, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS.
Peserta terdiri daripada 60 pelajar-pelajar OKU pendengaran yang mengikuti pengajian di peringkat sijil dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, serta Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, juga pelajar-pelajar OKU dari jabatan-jabatan akademik yang mengikuti pengajian di peringkat diploma. Peserta turut dijemput daripada kalangan pensyarah dan staf yang mengajar pelajar OKU pendengaran serta staf-staf di jabatan dan unit berkaitan pelajar OKU.
Pengisian program merupakan beberapa pembentangan daripada penceramah jemputan dari beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), PERKESO, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

arisan penceramah ialah:

Dr. Putri Noorafedah
binti Megat Tajudin,
Timbalan Pengarah
Bahagian Penyelidikan
dan Perancangan Dasar
(Jabatan Perkhidmatan
Awam).

Puan Ainul Hanihah
binti Jusoh, Penolong
Pegawai Perhubungan
Perusahaan (JTKSM);

Encik Fiqrie Hakim bin
Rosli, Pegawai
Perkhidmatan
Pekerjaan (PERKESO);

Encik Mohammad Fitri
bin Mansor, Penolong
Pengarah Kanan,
Jabatan Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan
(JKKP); dan

Pada akhir program, pelajar-pelajar dibimbing untuk mendaftar pekerjaan di MyFutureJobs menerusi kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PERKESO.
Semoga program ini dapat memberi manfaat dalam membuka luas akses pekerjaan kepada pelajar-pelajar OKU di PIS dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan pihak-pihak berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *