Tarikh : 05 Oktober 2024
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Kapten Bersekutu (PA) Ts. Khairudin Bin Baharum (JRKV) di atas Penganugerahan Reben Perkhidmatan Dekad Platinum. Majlis Penganugerahan Pingat, Reben, dan Pemakaian Pangkat APM Negeri Johor 2024 telah berlangsung di Casa Cendana Event Space pada 30 September 2024 yang melibatkan seramai 250 orang anggota. Semua pegawai dan anggota APM yang diraikan pada hari ini telah memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang melaksanakan tugas. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Datuk Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Persuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).