Tarikh : 08 Oktober 2024
Satu mesyuarat kolaborasi anjuran Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK telah diadakan di PIS. Kehadiran utama mesyuarat adalah Ir. Pang Tee Pee, Executive Deputy Chairman, ACO Group, Dr. Sharon Tong, PKT Logistic dan Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS. Turut hadir sama dalam mesyuarat ini adalah En. Foo Keng Hor, HR ACO Group Bhd, Cik Ng Zih Qi HR Executive, Aco Group Bhd, En. Muhammad Badrul Shah b. Abd, Razak, Setiausaha Khas, PKT Logistic, YM. tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS dan Pn. Suhaila Basar, Ketua CISEC PIS.
Pertemuan dan mesyuarat ini membincangkan perancangan kerjasama dan pelaksanaan program bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar di PIS. Lawatan ke ACO Group juga telah diadakan bagi melihat sendiri kesediaan pihak industri dalam menjalinkan kolaborasi bersama PIS.