Skip to content
Home » Berita » Pensyarah Dan Pelajar Cemerlang Di PERISA ’24

Pensyarah Dan Pelajar Cemerlang Di PERISA ’24

Tarikh : 10 Oktober 2024

Sekalung tahniah buat Pensyarah dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan cemerlang di Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2024 (PERISA ’24) yang berlangsung di Kolej Komuniti Chenderoh, Perak. Saudari Nurzahirah binti Shamsul Rizal, pelajar semester akhir dari Program Diploma Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian dengan hasil inovasi bertajuk FIRE STREAK telah memenangi Pingat Emas, manakala Produk inovasi Guitar Key Changer in Smart Jacket hasil daripada Nur Sashabila binti Razmi pelajar tahun akhir Diploma Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian telah memenangi pingat Perak. Kedua-dua pelajar ini adalah di bawah bimbingan En. En Mohd Izswan bin Mohd Sidik, Pensyarah JRKV, PIS.
Tahniah diucapkan kepada mereka. Diharapkan kemenangan dan kecemerlangan ini menjadi pemangkin dan semangat kepada para pensyarah dan para pelajar pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *