Skip to content

Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras.

Fungsi / Perkhidmatan
  1. Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

  • Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

  • Pengesanan dan Pengesahan
  1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya di ambil;
  1. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

  • Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

  • Tatatertib

Menjalankan fungsi urus setia jawatan kuasa tatatertib di bawah Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Carta Organisasi
Rujukan / Panduan

Direktori Staff

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Integriti
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : integriti@pis.edu.my