Skip to content

Unit Komunikasi Korporat adalah suatu unit yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program peningkatan penyampaian, publisiti, perhubungan awam dan maklumbalas pelanggan bagi memastikan sistem perkhidmatan agensi cekap dan berkesan. Ia juga berperanan mewujudkan perhubungan baik antara Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif Politeknik Ibrahim Sultan secara keseluruhannya

Fungsi / Perkhidmatan
  1. Pengurusan Media & Publisiti – mempromosi dan menaikkan nama dan jenama Politeknik. Kegiatan dan aktiviti yang berlaku di institusi memerlukan publisiti yang meluas agar diketahui umum.
  2. Pengurusan Media Sosial – strategi promosi dan penyampaian info terkini Politeknik. Penggunaan media sosial dapat menyebarluas informasi di samping membina imej Politeknik.
  3. Pengurusan Temu Bual & Hebahan – merancang dan merangka strategi bagi mengenengahkan informasi yang perlu disampaikan melalui media bagi mendapatkan penyertaan serta sokongan daripada orang awam
  4. Pengurusan Aduan Awam – menguruskan aduan awam secara telus, cekap dan bersistematik bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam di Politeknik.
  5. Pengurusan Lawatan Dalam Negara – menguruskan lawatan daripada kementerian, jabatan kerajaan, agensi swasta dan sebagainya yang ingin mengetahui tentang Politeknik dan seterusnya dapat membina hubungan kerjasama dan kolaborasi secara bersepadu.
  6. Pengurusan Isu & Pemantauan Berita – pemantauan berkaitan Politeknik melalui surat khabar, berita online, media sosial, blog dan sebagainya secara berterusan untuk meningkatkan imej, mengekalkan sokongan dan kepercayaan pemegang taruh.
  7. Pengurusan Perhubungan Pelanggan – memastikan perkhidmatan pelanggan yang responsif, mesra dan cepat menjadi teras kepada kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan seterusnya memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
  8. Pengurusan Majlis – khidmat nasihat dan memastikan sesuatu acara berjalan dengan lancar dan teratur. Proses pengurusan majlis ini meliputi jenis-jenis majlis dan acara, elemen protokol dan etiket, peranan tugas urus setia, teks ucapan, persiapan tempat, jemputan dan lain-lain.
Carta Organisasi

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang


SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Komunikasi Korporat
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : pro_pis@pis.edu.my