Skip to content

Unit Keusahawanan adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan kursus dan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Ia memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang keusahawanan dan memupuk minat graduan dalam memilih profesion usahawan sebagai satu KERJAYA.

Unit Keusahawanan PIS telah melakukan pelbagai usaha dan perancangan aktiviti bagi membolehkan pelajar melibatkan dalam bidang keusahawanan antaranya program keusahawanan di peringkat jabatan, Politeknik, zon sehinggalah di peringkat kebangsaan. Usaha dan aktiviti ini bagi merealisasikan pencapaian keusahawan dalam mereliasasikan dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik.

Fungsi / Perkhidmatan
1. Merancang & melaksana program-program keusahawanan
  • Program Pembudayaan Keusahawanan- pendedahan awal kepada pelajar semester 1 melalui Program Haluan Siswa (PHS). Dapat mengenalpasti pelajar yang berminat keusahawanan.
  • Program keusahawanan pada setiap sesi pengajian.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar PIS tentang keusahawanan
  • Latihan dan kursus kepada pelajar PIS berkaitan keusahawanan.
  • Pendedahan kepada agensi luar seperti SSM,TEKUN, MARDI, FAMA.
3. Menanam & membina sikap keusahawanan di dalam diri pelajar-pelajar

Praktis Jualan & aktiviti keusahawanan di setiap jabatan akademik dan penganjuran program utama@iringan di dalam kampus dan di luar kampus.

4. Mengadakan program inkubator keusahawanan
  • Bagi membangkitkan potensi usahawan muda dalam kalangan pelajar melalui modul Latihan perniagaan secara praktikal niaga di kampus dan secara atas talian.
  • 1 Jabatan 1 Inkubator.
Carta Organisasi
Sijil Pendaftaran Inkubator

Inkubator Keusahawanan

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Keusahawanan
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : usahawanpis@gmail.com