Skip to content

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Latihan atau Kursus dalam Perkhidmatan (KUDAP) dan Pendidikan Lanjutan bagi staf agar mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pengurusan yang efektif.

Aktiviti yang dijalankan adalah merangkumi semua jabatan-jabatan dan unit-unit. Pelaksanaan semua aktiviti dibantu oleh ahli jawatankuasa yang dilantik dari setiap jabatan dan bertindak sebagai Penyelaras Latihan Staf Jabatan masing. ULPL bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan.

(PIS) ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan jesteru memastikan setiap kakitangan menjalani Latihan sekurang-kurangnya 3 hari dalam setahun.

Selain itu, ULPL juga bertanggungjawab untuk melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) seperti Kursus PPK dan CPCM sepanjang tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi staf di setiap politeknik.

Objektif Unit

Objektif ULPL ialah memastikan kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan kompeten melalui pengurusan latihan yang sistematik.

Fungsi / Perkhidmatan
  1. Merancang, menguruskan dan melaksanakan latihan dalaman dan luaran kepada staf
  2. Merancang dan melaksanakan Program Latihan Sangkutan Pensyarah ke Industri (SIP)
  3. Menguruskan dan menyelaras Program Pembelanjaran Sepanjang Hayat (PSH)
  4. Menguruskan urusan pendidikan lanjutan staf
  5. Menguruskan pelajar praktikal dari dalam dan luar yang memohon di Politeknik Ibrahim Sultan.
  6. Urusetia Validasi dan Temuduga Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
Carta Organisasi
Rujukan / Panduan

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : ulpl@pis.edu.my