Skip to content

Diploma Pengurusan Pelancongan

JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI


Home » Program Pengajian » Diploma Pengurusan Pelancongan

RINGKASAN PROGRAM

Diploma Pengurusan Pelancongan dibangunkan khusus dengan menyediakan struktur pengajian dalam bidang pelancongan secara menyeluruh. Antara kandungan pengajian dan aktiviti kompetensi yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Operasi Perjalanan dan Pelancongan, Pengurusan Taman dan Rekreasi, Pengurusan Kemudahan, Pengurusan Acara, Pelancongan Rekreasi, Pengurusan Kaunter hadapan dan Perkhidmatan Interpretasi Pelawat. Kompetensi asas lain dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesionalisme, komunikasi, keselamatan dan kesihatan, keusahawanan, pengurusan keselamatan dan risiko, pengurusan taman tema dan pengurusan risiko juga diterapkan dalam program ini. Program diploma ini ditawarkan selama enam (6) semester termasuk latihan industri berstruktur pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar serta membolehkan mereka memasuki dan berfungsi dengan berkesan dalam pasaran kerja sebaik sahaja tamat pengajian.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Prospek Kerjaya

Sebaik menamatkan pengajian, graduan program ini mempunyai pilihan dan laluan kerjaya seperti berikut:

  • Pegawai Pelancongan
  • Pegawai/Pembantu Taman Tema
  • Pegawai Interpretasi Alam
  • Penyelia Taman Tema
  • Penyelia Perjalanan dan Pelancongan
  • Penyelia Kemudahan Rekreasi / Jurulatih Rekreasi
  • Perunding Jualan dan Pemasaran Pelancongan
  • Perunding Pembangunan Pakej Perjalanan
  • Pegawai Tempahan & Tiketan
  • Penyelia / Penyelaras Pengurusan Acara
  • Usahawan dalam Perniagaan Pelancongan, Perjalanan dan Lawatan
  • Penyelia Program Pelancongan / Pengajar / Fasilitator
  • Ketua lawatan

Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti