Diploma Pengurusan Hotel
JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI
RINGKASAN PROGRAM
Diploma Pengurusan Hotel dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri perhotelan yang semakin berkembang. Program ini menawarkan kemahiran praktikal untuk menyediakan graduan yang kompeten dalam kemahiran perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.
Program ini direka khas untuk memberi pendedahan secara praktikal, dimana pelajar akan ditempatkan di industri selama 10 bulan sepanjang tempoh pengajian. Ia menyediakan graduan dengan kompetensi yang diperlukan dalam bidang hotel termasuklah perkhidmatan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan, perkhidmatan makanan komersial, operasi dapur dan operasi restoran. Kecekapan asas lain yang diterapkan dalam program termasuk pengetahuan asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatan dan keselamatan, dan pembangunan keusahawanan.
Tempoh Pengajian : 6 Semester
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan hotel dengan pemahaman yang meluas mengenai industri hotel. Peluang kerjaya dalam bagi graduan Diploma Pengurusan Hotel adalah seperti:
- Pembantu Dapur (Commis)
- Pembantu Katering
- Tukang Masak(Cook)
- Patissier
- Chef de Partie
- Pramusaji
- Atendan Makanan dan Minuman
- Atendan Bar
- Penyambut Tetamu
- Atendan Pembersihan Kawasan Am
- Atendan Pendobian
- Atendan Pengemasan
- Pembantu Pengkeranian
- Pembantu Atendan Meja Hadapan
- Porter
- Telephonist
- Atendan Meja Hadapan (Receptionist)
- Night auditor
- Juruwang
- Concierge
Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti