Skip to content

Diploma Reka Bentuk Industri

JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL


Home » Program Pengajian » Diploma Reka Bentuk Industri

RINGKASAN PROGRAM

Diploma Reka Bentuk Industri adalah aliran reka bentuk gabungan antara disiplin di mana para pelajar terlibat secara aktif dalam merancang dan mereka bentuk pelbagai produk yang menitikberatkan keterampilan estetika dan kecekapan fungsi. Program ini menumpukan kepada pembangunan reka bentuk, lakaran dan 3D modeling, teknik rendering, persembahan, faktor manusia, kemahiran komunikasi, estetika dan dokumentasi teknikal. Pelajar akan didedahkan kepada teori dan praktis dengan memberi penekanan kepada kemahiran reka bentuk seperti hubungan antara estetika dan bentuk serta fungsi, teknik penyelesaian masalah, mengintegrasikan reka bentuk dan teknologi, pembuatan, perniagaan dan pemasaran.

Reka bentuk industri tidak hanya diaplikasi dalam produk pengguna, ia juga turut diaplikasi dalam perabot, peralatan pejabat, peralatan perubatan, peralatan keselamatan, produk seni bina, hiasan ruang dalaman, pembungkusan, pengangkutan dan automotif, peralatan komunikasi elektronik, kelengkapan mandi dan pencahayaan, hardware, peralatan meja makan, interaksi serta reka bentuk antara muka. Pelajar bukan sahaja perlu menekankan penampilan produk tetapi juga mempertimbangkan syarat-syarat produk yang dijual. Di bawah piawaian reka bentuk yang lazim, produk yang dihasilkan perlu mempunyai elemen garisan, warna, kadar banding dan jalinan, kecekapan tinggi dan keselamatan operasi, kemudahan atau keselesaan yang digunakan, kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan, ketahanan dan fungsi dari segi bentuk. Kepentingan antara piawaian tersebut mungkin berbeza-beza bergantung pada produk. Pelajar program ini juga dikehendaki memproses kebolehan artistik, menggabungkan pengetahuan terhadap prinsip kejuruteraan dan bahan-bahan, teknik pengeluaran dan kos, serta kemahiran asas keusahawanan.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Prospek Kerjaya

Graduan di dalam bidang ini adalah berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat pertengahan atau bekerja sebagai freelancers untuk tugas atau jawatan seperti:

Kerajaan:

  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan

Korporat:

  • Pembantu Pereka Perabot
  • Pembantu Pereka Produk
  • Pereka
  • Pembantu Pereka Hiasan Dalaman
  • 3D Visualizer/Perancang Ruang
  • Konsultan Pereka Dalaman
  • Pembantu Pereka Acara
  • Artis Visual
  • Pereka Pameran
  • Pembantu Pengarah Seni
  • Pembantu Pengarah Rekaan
  • Pembantu Pengarah Kreatif
  • Artis Peragaan
  • Pembuat model
  • Juruteknik Prototaip Rapid

Bekerja sendiri:

  • Konsultan Rekaan Perabot
  • Konsultan Rekaan Produk
  • Perkhidmatan Rekaan Perabot / Produk
  • Konsultan Pengurusan Acara
  • Pereka bebas
  • Keusahawanan
  • Keusahawanan runcit

Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti