Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi)
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
RINGKASAN PROGRAM
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi) ini telah direkabentuk untuk menyediakan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik menjurus kepada proses dan automasi industri. Pengetahuan asas mengenai Pengawal Logik Boleh Aturcara dan automasi, Sistem Kawalan, Sistem Automatik & Kawalan Motor Elektrik, Instrumentasi dan kawalan industri serta pengaturcaraaan turut didedahkan kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka.
Penggunaan elektronik di dalam proses dan industry automasi pada masa kini amat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi) membekalkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan.
Tempoh Pengajian : 6 Semester
Prospek Kerjaya
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dan membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas dalam kebanyakan industri kejuruteraan seperti:
- Juruteknik proses penyenggaraan alat
- Juruteknik Elektronik
- Juruteknik tapak
- Pembantu Jurutera
- Bekerja sendiri
Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti

