INFO KORPORAT
Latar Belakang PIS
Sejarah PIS
Politeknik Ibrahim Sultan (dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru) membuka pintunya kepada pelajar pada Feb 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru sebelum berpindah ke kampus tetapnya pada bulan Jun 1998. Perancangan awal penubuhan Politeknik Ibrahim Sultan bermula pada tahun 1991 dengan usaha untuk mengenalpasti tapak yang sesuai di sekitar kawasan Johor Bahru. Tapak ladang sawit seluas 100 ekar di Lot 1957, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru akhirnya telah dipilih memandangkan keadaan tanah yang sesuai dan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang.
Politeknik Johor Bahru telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan sempena nama DYMM Sultan Johor pada 15 Dis. 2011. Politeknik Ibrahim Sultan ditunjangi oleh 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am.
Politeknik ini menawarkan 2 kursus Sarjana Muda dan 14 kursus diploma dan 3 Sijil Kemahiran Khas.
Politeknik Ibrahim Sultan sehingga majlis konvokesyen ke 23 pada Mac 2018 telah melahirkan seramai 29,407 orang graduan bagi memenuhi pasaran modal insan negara. Melalui penawaran program berimpak tinggi, relevan dan responsif, Politeknik Ibrahim Sultan mampu menghasilkan graduan yang mempunyai employability skill, daya keusahawanan dan kebolehpasaran yang tinggi seterusnya menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pilihan utama dan melonjak imej politeknik ke tahap lebih tinggi.
Status Politeknik Premier yang telah diterima pada 25 Februari 2010 menjadi cabaran utama dalam memartabatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai institusi pilihan seterusnya menjadi peneraju pendidikan dalam latihan teknikal dan vokasional (TVET) serantau. Mulai tahun 2012, pihak kementerian telah selaraskan kemasukan pelajar ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi.
Di samping itu, Politeknik Ibrahim Sultan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menawarkan pengajian peringkat sijil kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat latihan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Ini disokong persekitaran pembelajaran yang kondusif lengkap dengan bengkel berteknologi tinggi, makmal komputer, Pusat Sumber dan kemudahan internet tanpa wayar menjadikan iklim pembelajaran lebih transformatif, kreatif dan inovatif. Selain daripada itu, pensyarah yang berkaliber dan komited menjadi aset penting dalam membentuk pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Bidang tujahan atau niche area di Politeknik ini ialah seni reka kreatif dan reka bentuk industri. Program ini disokong dengan pembinaan Centre of Technology atau COT. Pusat ini dikenali sebagai Creative Design Centre (CDEC). Antara fungsi pusat ini ialah sebagai nadi kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang tujahan ini disamping bidang teknologi dan kejuruteraan. Selain itu, pusat ini juga bertindak sebagai pusat pemberi khidmat kepakaran serta peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.
Pencapaian Kami
36K
GRADUAN
26
PENGALAMAN
19
PROGRAM PENGAJIAN
92%
KADAR KEBOLEHPASARAN
Pengarah PJB/PIS
Mantan Pengarah
En Ir. Gan Chee Kuan
PENGARAH PERTAMA
16 Februari 1998 -15 November 1998
Dato’ Hj Mokhlis bin Jaafar
PENGARAH KE DUA
01 Disember 1998 – 30 September 2001
Mejar (K) Hj Md Nor bin Yusof
PENGARAH KE TIGA
01 Oktober 2001 – 31 Disember 2003
En Sulong bin Yahya
PENGARAH KE EMPAT
04 Januari 2004 – 15 April 2008
En Shabudin bin Man
PENGARAH KE LIMA
21 Julai 2008 – 31 Oktober 2011
Tn Hj Azizi bin Lin
PENGARAH KE ENAM
01 November 2011 – 15 Julai 2012
Datuk Dr. Arshad bin Kassim
PENGARAH KE TUJUH
01 Ogos 2013 – 16 Jun 2014
En Mohd Hatta bin Zainal
PENGARAH KE LAPAN
01 Ogos 2014 – 18 Oktober 2015
Pn Hjh Rashidah binti Mustapa
PENGARAH KE SEMBILAN
01 Januari 2016 – 31 Januari 2017
Tn Hj Muhammad Rumzi bin Mamat
PENGARAH KE SEPULUH
01 Februari 2017 – 17 Ogos 2017
Tn Hj Rosli bin Hamid
PENGARAH KE SEBELAS
01 Oktober 2017 – 13 Julai 2018
Pn Hjh Rashidah binti Mustapa
PENGARAH KE DUA BELAS
13 Julai 2018 – 30 November 2020
Dr. Zubaidah binti Aman
PENGARAH KE TIGA BELAS
05 Januari 2021 – 14 Februari 2021
Ts. Nor Aidi binti Nadzri
PENGARAH KE EMPAT BELAS
14 Jun 2021 – 17 Mac 2023