Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
RINGKASAN PROGRAM
Program ini akan menyediakan pelajar dengan pelbagai teknik dalam proses pembuatan dan penggunaan mesin termaju di dalam bidang pembuatan. Program ini juga menyediakan asas yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan dan kepakaran dalam pembuatan. Modul pengkhususan ialah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Pembuatan Bahan, Reka Bentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Industri dan Robotik, Pembuatan dan Kawalan Ekonomi Pembuatan serta tambahan modul-modul teras dan elektif. Lulusan boleh menyertai peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang mekanikal dan industri pembuatan.
Tempoh Pengajian : 6 Semester
Prospek Kerjaya
Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan yang dapat diaplikasikan secara meluas dalam kerjaya kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan sebagai:
- Penyelia
- Pakar Teknikal
- Pembantu Teknikal
- Juruteknik Kualiti
- Pengaturcara CNC
- Perancang Proses/Pengeluaran
- Juruteknik Pembelian
- Perekabentuk Produk
- Pelukis Produk
- Juruteknik CADD
- Juruteknik Proses
- Pengendali Mesin
Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti