Skip to content

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


Home » Program Pengajian » Diploma Kejuruteraan Mekanikal

RINGKASAN PROGRAM

Diploma Kejuruteraan Mekanikal direka bentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal semasa dan releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength Of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components &Maintenance. Kursus-kursus elektif adalah Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Kursus teras umum pula meliputi Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health dan Entrepreneurship. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam dan Ko-Kurikulum akan menyediakan pelajar dengan kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme ke arah kemajuan kerjaya mereka.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong Jurutera
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Pengurus penyelenggaraan
  • Penyelia
  • Junior Engineer
  • Pengajar Teknikal atau Pensyarah
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Juruteknik
  • Eksekutif Kualiti
  • Project coordinator

Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti