Skip to content
Home » Perkhidmatan & Fasiliti » Perpustakaan

Perpustakaan

Perpustakaan Ilmu Sejagat (PIS) merupakan sebuah perpustakaan jenis akademik yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan pelajar melalui penyediaan serta pengurusan maklumat bagi memenuhi keperluan rujukan yang sahih.

Bangunan perpustakaan ini mempunyai rekabentuk unik di kedudukan lokasi strategik politeknik. Setiap aras menempatkan pelbagai sumber bahan rujukan dan kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan. Berkeluasan 3,172m² mampu menampung 600 pengguna pada satu-satu masa serta dilengkapi fasiliti yang membantu sistem pengoperasiannya.

Perpustakaan Ilmu Sejagat (PIS) merupakan sebuah perpustakaan akademik yang menjadi nadi dalam kelestarian Ilmu kepada kejayaan para pelajar melalui kemudahan infrastruktur dan penawaran koleksi sebagai pendukung kepada pengajaran dan pembelajaran dalam menongkah arus kecemerlangan akademik.

Koleksi bahan

73,006

bahan rujukan

18,164

bahan rujukan (judul)

4

Pangkalan Data Dalam Talian

Misi

Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia adalah sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa professional.

Visi

Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia adalah membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

Sumber Rujukan Dalam Talian

Perkhidmatan

Perpustakaan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada para pelajar serta warga kerja PIS

Perkhidmatan Sirkulasi

Aktiviti peminjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan perpustakaan berdasarkan polisi yang ditetapkan oleh Perpustakaan PIS

Tempahan Bahan

Pengguna boleh membuat tempahan bahan rujukan bagi bahan yang sedang dipinjam dengan mengisi Borang Tempahan Bahan (PIS/PER/03-BP03) di kaunter sirkulasi.

Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Perkhidmatan bekalan penerbitan dalam bentuk asal atau salinan untuk meningkatkan akses kepada maklumat bagi tujuan pengajian, pengajaran dan penyelidikan untuk pengguna di dalam dan luar negara

Pangkalan Data U-Pustaka

Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka

Pempakejan Maklumat

Pempakejan maklumat merupakan gabungan bahan-bahan perpustakaan dari pelbagai sumber untuk memenuhi keperluan maklumat.

Perkhidmatan Maklumat Terpilih / Kesedaran Semasa

Merujuk kepada alat dan sumber yang digunakan untuk memberitahu pengguna akan kewujudan sumber maklumat dalam sesuatu topik yang spesifik

Kemudahan

Ruang Pameran
Kemudahan Capaian Wifi
Terminal Opac
Bilik Karel
Bilik Perbincangan
Bilik Mesyuarat
Penyimpanan Bagasi
Mini Lab
Ruang Bacaan

Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di semua aras yang boleh memuatkan 600 orang pelanggan dalam satu masa

Ruang Pameran

Terletak di ruang legar PIS. Ruang pameran terbuka untuk tempahan kepada semua jabatan di Politeknik dan pihak luar yang berminat untuk menyebar dan memperkembangkan sumber ilmu.

Terminal OPAC

Kemudahan ini membantu para pengguna mengakses rekod katalog bahan perpustakaan serta capaian kepada bahan rujukan yang ada di perpustakaan dengan mudah, cepat dan tepat.

Terdapat tiga (2) terminal OPAC disediakan di perpustakaan.

Capaian WIFI

Bagi membantu proses pembelajaran yang menuntut akses maklumat yang lebih luas, perpustakaan melalui inisiatif Unit Teknologi Maklumat (Politeknik Ibrahim Sultan telah menyediakan kemudahan WiFi di perpustakaan. Terdapat lapan (8) unit access point di dalam bangunan perpustakaan untuk memudahkan pengguna mengakses internet di dalam perpustakaan menggunakan komputer riba atau peranti milik peribadi yang menyokong WiFi. Perkhidmatan ini boleh diakses secara percuma.

Mini Lab

Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan komputer kepada pengguna untuk menaip dan mengakses internet di Bilik Terbitan Bersiri secara percuma.

Terdapat sepuluh (10) unit komputer sedia untuk digunakan selepas mendaftar dengan mengisi Borang Permohonan Penggunaan Komputer (PIS/PERP/03/BP08) di Kaunter Terbitan Bersiri.

Tempoh maksimum penggunaan perkhidmatan adalah dua (2) jam untuk setiap sesi. Tempoh masa penggunaan boleh dilanjutkan sekiranya tiada permintaan daripada pengguna yang lain.

Bilik Perbincangan

Penyediaan perkhidmatan ini membolehkan para pengguna mengadakan perbincangan kumpulan dengan tidak menganggu pengguna yang lain. Bilik ini boleh memuatkan 2-8 orang pada satu- satu masa dan perlu mengisi borang yang terdapat di kaunter perpustakaan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan ini. Terdapat dua (2) buah bilik perbincangan di setiap aras premis perpustakaan.

Bilik Karel

Bilik Karel / Meja Karel yang disediakan di perpustakaan memberi pilihan kepada para pengguna yang memilih untuk mengulangkaji atau membuat tugasan secara individu dan peribadi

Bilik Mesyuarat

Bilik ini boleh memuatkan dua belas (12) orang pada satu masa. Tempahan awal perlu dibuat sekiranya ingin menggunakan Bilik Mesyuarat bergantung kepada kekosongan dan keperluan.

Bilik Mesyuarat hanya untuk kegunaan staf Politeknik Ibrahim Sultan sahaja.

Penyimpanan Bagasi

Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini bagi menyimpan barang-barang peribadi milik pengguna. Pengguna diingatkan supaya tidak menyimpan barang- barang berharga di peti bagasi.

Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang.

Sumber Rujukan

Waktu Operasi

AHAD – RABU
8.30 pagi – 5.00 petang

KHAMIS
8.30 pagi – 3.30 petang

JUMAAT, SABTU DAN CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Perpustakaan Ilmu Sejagat
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
07 – 261 2994 ( Kaunter)
07 – 261 1405 ( Bilik Kerja)

perpustakaan@ pis. edu. my