Politeknik Ibrahim Sultan membawa pulang satu pingat gangsa dalam Kejohanan Orienteering Orang Pekak Malaysia Kali Ke-2 Tahun 2026 yang berlangsung pada 12 hingga 14 November 2026 bertempat di Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan.
Muhammad Faris Zafran bin Zamahsyary, pelajar semester satu Sijil Khas Reka Bentuk Grafik, Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual memenangi pingat gangsa bagi acara Orienteering (Middle Distance), mewakili kontinjen Negeri Johor.
Politeknik Ibrahim Sultan turut menghantar seorang lagi peserta, Amanda binti Kamsul, pelajar semester tiga dari Sijil Khas Operasi Katering, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mewakili kontinjen Negeri Johor dalam kejohanan yang sama.
Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat buat pelajar-pelajar pekak PIS untuk menyerlahkan bakat dalam pelbagai bidang untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan!

