Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Scientex 2, YBrs. Puan Hajah Haryati binti Ismail, yang mengadakan pertemuan dengan Pengarah PIS, YBrs. Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk meneroka peluang kerjasama antara PIS dengan MBPG, khususnya dalam pelaksanaan program kemasyarakatan, perkongsian kepakaran dan inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Sebagai institusi TVET, PIS mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang yang berpotensi dimanfaatkan melalui kerjasama dengan pihak MBPG, termasuk dalam usaha memperluas penglibatan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan serta menyokong pembangunan komuniti Pasir Gudang.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah PIS, Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor.
Semoga kunjungan ini membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama, sekali gus memperkukuh peranan PIS dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

