Delegasi Jawatankuasa SmartGreen PIS dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi memperkasa agenda kelestarian dan persekitaran hijau kampus.
Delegasi rasmi PIS telah diketuai oleh ๐๐ฌ. ๐๐ข๐ณ๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ข๐ง๐๐ฅ, ๐๐๐ค๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข, ๐๐๐ค๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐, berserta barisan pensyarah JKE. Ketibaan delegasi PIS telah disambut mesra oleh Pengarah Landskap MBJB, ๐๐ง. ๐๐๐ซ. ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐ค๐ข๐๐ฅ๐ข bersama barisan pegawai jabatan.
Lawatan strategik ini bertujuan meneroka peluang kerjasama dan pemindahan kepakaran (expertise transfer) dalam bidang pengurusan serta pembangunan landskap. Inisiatif ini diharap dapat menyumbang kepada usaha mentransformasikan persekitaran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) agar lebih kondusif, selari dengan aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh pembudayaan kampus mampan (sustainable campus).
Melalui lawatan ini, delegasi PIS berpeluang berkongsi pandangan dan mendapatkan pendedahan mengenai pendekatan pengurusan serta penyelenggaraan landskap oleh pihak MBJB. Perkongsian ini diharap dapat menjadi rujukan dalam usaha menambah baik pengurusan landskap dan persekitaran hijau kampus PIS.
Pihak Politeknik Ibrahim Sultan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. LAr. Hajah Mustika Ally binti Zulkifli serta seluruh warga Jabatan Landskap MBJB atas sambutan mesra dan komitmen jitu yang diberikan sepanjang lawatan ini berlangsung.



