Skip to content
Home » Berita » Misi Perkasa 2026: Cabar Ketahanan, Bina Kepimpinan Dan Semangat Berpasukan

Misi Perkasa 2026: Cabar Ketahanan, Bina Kepimpinan Dan Semangat Berpasukan

Seramai 70 orang pelajar Semester 1, Diploma Pengurusan Acara (DEV1), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Misi Perkasa 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Oktober 2026 di sekitar kawasan Politeknik Ibrahim Sultan.

Program yang berkonsepkan “Mini Hiyok” ini mencabar peserta menerusi pertandingan sukan kecergasan berpasukan yang menggabungkan elemen ketahanan fizikal, strategi, komunikasi dan kerjasama pasukan.

Sepanjang program, peserta perlu menyelesaikan pelbagai cabaran di beberapa checkpoint antaranya beban balak, crawl, kemah, petanque, hos bomba, golek tayar, ikatan anduh dan buka pasang senjata. Setiap aktiviti dirancang untuk menguji keupayaan peserta bekerjasama, berkomunikasi serta membuat keputusan sebagai satu pasukan.

Selain memberi ruang kepada pelajar mencabar kemampuan fizikal dan mental, program ini turut menjadi platform untuk membina kemahiran kepimpinan, komunikasi berkesan dan kerja berpasukan, selain membantu pelajar mengurus tekanan melalui aktiviti riadah yang sihat.

Penganjuran program turut memberi pengalaman kepada pelajar dalam aspek perancangan, penyusunan dan pengendalian acara sukan secara sistematik, sekali gus menghubungkan pembelajaran di bilik kuliah dengan pengalaman sebenar dalam pengurusan program.

Misi Perkasa 2026 membuktikan bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas. Di setiap checkpoint, pelajar diuji bukan sekadar pada kekuatan fizikal, tetapi juga pada semangat, strategi dan kemampuan bergerak sebagai satu pasukan.

LINK GAMBAR : https://drive.google.com/drive/folders/1gRSU4xSxqMoe4vAcdshcBkP0OhmoA_7e?usp=sharing

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#JPHPIS

#DiplomaPengurusanAcara

#MisiPerkasa2026