Skip to content
Home ยป Berita ยป Pelaksanaan PLKN 3.0 Di Politeknik Ibrahim Sultan: Latihan Pengendalian Senjata Colt M16 5.56mm, PLKN 3.0 Di PIS.

Pelaksanaan PLKN 3.0 Di Politeknik Ibrahim Sultan: Latihan Pengendalian Senjata Colt M16 5.56mm, PLKN 3.0 Di PIS.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menerusi Pengurusan Unit Uniform Kokurikulum di bawah Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama para pelajar Diploma Pengurusan Acara Semester 1 (DEV 1) Sesi I 2026/2027 telah berjaya menyempurnakan Majlis Perbarisan Unit Uniform & Penyampaian Hadiah Pertandingan Misi Perkasa 2026 pada 4 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), PIS.
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) mewakili Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran barisan Tetamu Kehormat, VVIP, serta Dif-Dif Jemputan Utama berikut:

  1. TENGKU NADZION BIN TENGKU IBRAHIM Timbalan Pengarah Akademik (TPA) (Mewakili Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan – Perasmi Majlis)
  2. HAJI HAMZAH BIN ZAKARIA (Timbalan Pengarah Governan dan Strategik, Politeknik Ibrahim Sultan)
  3. KDR MOHD BAHARUDDIN BIN SAMSUDIN PSSTLDM (Pegawai Memerintah KD SRI MEDINI)
  4. PPjR GANESAN A/L SELVAM (Timbalan Pengarah RELA Negeri Johor)
  5. KAPT HASFIYAZI BINTI SYARIF (Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah)
  6. LTM NIK AMIRAH SALSABILA (Pegawai Tadbir Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah)
  7. EN. ZULKARNAIN BIN ZAINAL (Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Unit Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelana Siswa Malaysia)
  8. PUAN MASTURA AZLINA BINTI RIFFEN (Pesuruhjaya Daerah Pasir Gudang, Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
    Program ini disertai oleh 247 orang pelajar unit uniform semester 1 dan 2 iaitu Askar Wataniah, PLASTLDM, RELASIS, Bridged Bomba, Pengakap Kelana Siswa dan Pandu Puteri Clover.

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN MISI PERKASA 2026:
๐Ÿฅ‡ JOHAN: Askar Wataniah (Membawa pulang Piala Pusingan Misi Perkasa, Wang Tunai RM500, Pingat, Hamper, dan Sijil Pencapaian)
๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN:PLASTLDM (Membawa pulang Wang Tunai RM300, Pingat, Hamper, dan Sijil Pencapaian)
๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA: Briged Bomba (Membawa pulang Wang Tunai RM200, Hamper, dan Sijil Pencapaian)
๐Ÿ… TEMPAT KE-4: Relasis (Wang Tunai RM100, Hamper, dan Sijil Penyertaan)
๐Ÿ… TEMPAT KE-5: Pengakap Kelana Siswa (Wang Tunai RM100, Hamper, dan Sijil Penyertaan)
๐Ÿ… TEMPAT KE-6: Pandu Puteri Clover (Wang Tunai RM100, Hamper, dan Sijil Penyertaan)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan atas bimbingan ikhtisas dan kepakaran taktikal daripada barisan Jurulatih merangkap Penasihat Program:

Jurulatih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM):
BM PAP (GI) MOHD AKIF BIN ZAINOLABDIN(Jurulatih Persenjataan)
LK PRL MUHAMMAD FADHIL BIN DARNIS (Yoeman Persenjataan)
Batalion 1, Rejimen Askar Wataniah
7529544 LT SHAHRIZAN BIN ANUAR
1165533 SJN RIZAL BIN ABU HASHAN
SJN MOHAMAD RIDZUAN BIN ABBAS
KPL AHMAD AIZAT BIN MIDIN

Juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 7 orang yang menjadi juri jemputan dari kalangan komuniti setempat yang mempunyai kemahiran dan kompetensi bagi menilai dalam pertandingan Misi Perkasa.
Ucapan syabas dan setinggi-tinggi kepujian juga diucapkan kepada seluruh peserta, kontinjen Unit Uniform, barisan penganjur JSKK & DEV 1 Sesi I 2026/2027, serta warga PIS yang telah menjayakan dan memeriahkan program ini.

#jskkpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams
#PolyCCTVETForAll
#TVETStar