Skip to content
Home » Berita » Program Hasil Your Tax Buddy (HYTB) 2026 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Program Hasil Your Tax Buddy (HYTB) 2026 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)


Tarikh : 15 SEPTEMBER 2026.

Program Hasil Your Tax Buddy (HYTB) 2026 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah dilaksanakan dengan jayanya dengan pelbagai aktiviti berkonsepkan ‘edutaiment’ di Galeri CDeC dan sekitar Jabatan Akademik PIS. Turun berlangsung Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Ybrs. Puan Shifaak binti MD Amin, Pengarah Negeri, HASiL Johor dan diiringi oleh YBrs. Encik Nor’Azam bin Sulaiman, Pengarah Operasi Negeri, HASiL Johor serta disantuni oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS.

Didalam program ini telah disediakan satu sudut atau kiosk informasi berkaitan HASiL di perpustakaan PIS dalam usaha menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan tepat kepada siswa dan kakitangan PIS. Di Majlis Penutup program ini telah dilaksanakan sesi penyerahan sumbangan bernilai RM5000 daripada warga kerja HASiL Johor kepada PIS untuk diagihkan kepada siswa B40 PIS terpilih. Pada Majlis itu juga telah melantik 2 orang siswa sebagai Duta HASiL yang bertujuan menyampaikan hebahan atau informasi dan makluman berkaitan HASiL kepada rakan siswa yang lain.

Program anjuran HASil Negeri Johor dengan Kerjasama PIS merupakan julung kalinya diadakan di PIS dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti Taklimat bertajuk “Siswa Niaga Bijak Cukai” dan “Pelaksanaan dan Manfaat e-Invois di Malaysia”, tayangan video kesedaran dan Pendidikan percukaian dan HASiL Taxplorace iaitu aktiviti berbentuk ‘tresurehunt’ dalam usaha kreatif untuk menyemai kefahaman dan kesedaran percukaian kepada golongan remaja terutama mahasiswa. Program ini melibatkan 80 orang peserta siswa dan 20 ahli jawatankuasa program dikalangan siswa JPH dan kakitangan PIS yang turut bersama bergabung tenaga dengan barisan jawatankuasa HASiL Negeri Johor.

Semoga program ini memberi banyak manfaat dan pendedahan baru serta membuka minda positif di kalangan siswa dan kakitangan PIS.

#hasiljohor

#jphpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

#TVETStar