Tarikh : 15 SEPTEMBER 2026.
Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima kunjungan Panel Penilai Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi melaksanakan Lawatan Penilaian Audit Interim & Continuing Akreditasi bagi Program Diploma Kejuruteraan.
Sesi penilaian yang berlangsung telah melibatkan semakan dan penilaian terhadap pelaksanaan program, dokumentasi serta aspek berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap standard akreditasi yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Panel Penilai ETAC, pihak pengurusan, warga akademik, staf sokongan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang sesi penilaian ini.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan lagi kualiti pendidikan dan kecemerlangan Program Diploma Kejuruteraan di Politeknik Ibrahim Sultan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat! ![]()
![]()
#ETAC#AkreditasiETAC#DiplomaKejuruteraan#TVETMalaysia#KualitiPendidikan#kecemerlangantvet



