Skip to content
Home » Berita » Program Mobiliti Pelajar School-To-School Integrated Learning Program.

Program Mobiliti Pelajar School-To-School Integrated Learning Program.


Tarikh : 09 SEPTEMBER 2026.

Lawatan dan pengisian telah memfokuskan akademik dan perbincangan pelaksanaan aktiviti mendatang dengan KRIVET.

Perbincangan meliputi perkara berikut:

– Lawatan akademik ke Korea Research Institute for Vocational Education and Training (KRIVET) bagi memperkukuh jaringan kerjasama dalam bidang TVET.

– Sesi perkongsian ilmu dan kepakaran penyelidik KRIVET berkaitan perkembangan semasa sistem TVET di Korea.

– Sesi dimulakan dengan pembentangan pengenalan mengenai KRIVET, termasuk peranan, fungsi dan bidang penyelidikan institut.

– Pembentangan bertajuk “AI-Driven Talent Development in Korea’s TVET System: Emerging Trends and Policy Agenda” oleh Dr. Kim Min-kyung.

– Pembentangan mengenai pelaksanaan Program Mobiliti School-to-School Integrated Learning antara Yuhan Technical High School dan PIS bagi tempoh 2022–2026, termasuk pencapaian dan impak program.

– Perbincangan berkaitan peluang penyelidikan bersama antara PIS dan KRIVET, khususnya dalam bidang pembangunan bakat, TVET dan inovasi pendidikan.

– Perbincangan peluang penerbitan bersama dalam jurnal KRIVET serta penerokaan ruang kolaborasi akademik pada masa akan datang.

– Sesi turut membuka peluang untuk memperkukuh hubungan strategik PIS–KRIVET melalui penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan program TVET antarabangsa.

Pertemuan dan perbincangan pada kali ini diketuai Encik Muhammad bin Mustapha, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan kakitangan lain manakala pihak KRIVET diwakili Dr. Young Saing Kim.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Synergy Akef Sdn. Bhd. dan AITO Firework Holding Sdn. Bhd. atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan Program Mobiliti Pelajar School-to-School Integrated Learning antara PIS dan Yuhan Technical High School, Korea Selatan. Sokongan padu daripada rakan strategik ini amat bermakna dalam membantu merealisasikan peluang pembelajaran, pendedahan antarabangsa dan pengembangan pengalaman global para pelajar PIS. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi pembangunan bakat TVET yang berdaya saing di peringkat global.

#POLYCC#KRIVET#jkmpis#cisecpis#irupis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

#TVETStar

See less