Tarikh : 20 OGOS 2026.
Sekalung tahniah diucapkan kepada peserta pelajar dan Pensyarah Jabatan Metametik Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Ibrahim Sultan kerana mendapat Tempat KE-3 (Berkumpulan) di Pertandingan Calculus Board Competition. Tahniah juga kepada pensyarah Pn. Julaila, Pn. Naksa dan Pn. Noorafidah atas bimbingan kepada pelajar sehingga beroleh kejayaan ini. Karnival STEAM 2026 telah diadakan pada 20 ogos 2026 di Dewan Seri Gadin, Politeknik Muadzam Shah (PMS). Karnival pada tahun ini bertemakan Semarak Inovasi, Cetus Kreativiti Generasi Muda melalui gabungan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik (STEAM).
Sekalung penghargaan kerana mengharumkan nama JMSK. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.
