Skip to content
Home » Berita » Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Semarakkan Program MADANI KITA 2026 Negeri Johor Dengan Peluang Pendidikan TVET

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Semarakkan Program MADANI KITA 2026 Negeri Johor Dengan Peluang Pendidikan TVET


Tarikh : 24 OGOS 2026.

Pelbagai informasi, perkhidmatan dan peluang pendidikan diketengahkan menerusi Program MADANI KITA 2026 yang berlangsung di Dewan Raya Taman Desa Skudai, dengan penglibatan POLYCC Negeri Johor menerusi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Unit Penyelaras Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini turut menjadi ruang untuk PIS memperkenalkan program pengajian dan peluang pendidikan TVET kepada para pengunjung.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, turut dihadiri YB Puan Kartiyaini Jeyapalan, ADUN Skudai, serta barisan pegawai kanan Jabatan Penerangan Malaysia.

Menerusi reruai PIS, para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian yang ditawarkan serta peluang kemasukan ke PIS bagi Sesi II 2026/2027.

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#TVETStar

#MalaysiaMadani

#POLYCCPemacuNegaraMADANI