Tarikh : 27 JULAI 2026.
Seramai 266 sukarelawan PIS VT Troopers daripada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai dan menyumbang tenaga dalam menjayakan acara berprestij IRONMAN 70.3 Desaru Coast 2026, baru-baru ini.
Penglibatan para sukarelawan merangkumi pelbagai tugasan penting, termasuk pengurusan peserta, pengendalian stesen bantuan, kawalan laluan perlumbaan, kebajikan, keselamatan serta sokongan logistik sepanjang acara berlangsung.
Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan atas semangat berpasukan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan. Penglibatan dalam program ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang amat berharga, malah memupuk nilai kepimpinan, memperkasa kemahiran insaniah serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan rakan strategik.



