Skip to content
Home » Berita

Berita

Pelajar PIS Melakar Nama Di Karnival Pencak Silat Beradat Antaranbangsa Piala Datuk bandar Pasir Gudang 2024.

Tarikh : 26 DISEMBER 2024. Tahniah dan syabas kepada wakil tunggal pesilat pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dari Kelab Silat Naga Selatan, saudara Fatah bin M. Nasir yang telah memenangi pingat gangsa di Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang yang berlangsung di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Pelajar telah dibimbing oleh Puan Suhaila Samian selaku pengurus pasukan dan dibantu oleh Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghanu,… Read More »Pelajar PIS Melakar Nama Di Karnival Pencak Silat Beradat Antaranbangsa Piala Datuk bandar Pasir Gudang 2024.

Lawatan Kerja Rasmi Dan Penanda Aras UKK PTSB Ke PIS

Tarikh : 24 DISEMBER 2024. Satu lawatan kerja rasmi dan penanda aras telah dilaksanakan oleh pengurusan Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) ke Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kehadiran YBrs. Puan Selvamalar a/p Selvarajan, Ketua Unit Komunikasi Korporat PTSB telah disambut dan disantuni oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS dan YBrs. Hj. Johaini bin Hj. Ibrahim, Ketua Unit Korporat PIS. Pertemuan telah diadakan… Read More »Lawatan Kerja Rasmi Dan Penanda Aras UKK PTSB Ke PIS

MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM-3, 2024

Tarikh : 19 DISEMBER 2024. Program Kolokium-3 2024 telah dilaksanakan di peringkat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan meggabungkan dua program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti Dengan Kepujian (BTH) dan Sarjana Muda Rekabentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian (BVC).Kolokium ini telah dilaksanakan bermula 18 hingga 19 Disember ini akan dijadikan program tahunan secara anjuran bersama bagi memenuhi keperluan kurikulum dengan memberi peluang kepada… Read More »MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM-3, 2024

Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY

Tarikh : 18 DISEMBER 2024. Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY telah berjaya dianjurkan oleh Unit Latihan Dan Pendidikan (ULPL) PIS. Seramai 60 orang peserta dari kalangan STAF PIS telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri, Pensyarah JPA dan Encik Khairul Nazry bin Talib, Pensyarah JKM. Objektif kursus ini memberi pendedahan berkaitan melaksanakan ibadah Umrah secara pengurusan… Read More »Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY

Hari Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-13, 2024

Tarikh : 15 DISEMBER 2024. Selamat Menyambut Hari Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan kali ke-13 tahun. Beroperasi pada tahun 1998, dahulu dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru dan kini terus melangkah ke arah kecemerlangan dengan nama Politeknik Ibrahim Sultan.Semoga Politeknik Ibrahim Sultan terus cemerlang dan dikenali di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Keputusan UI Green Matric 2024

Tarikh : 14 DISEMBER 2024. TAHNIAH PISRANKING DUNIAPIS telah memperolehi kedudukan tangga ke 396/1477 pada tahun 2024.(penyertaan kali pertama).RANKING MALAYSIAPIS telah berada di kedudukan ke 22/60 penyertaan IPT di Malaysia.RANKING POLYCCPIS mendapat kedudukan ke 5.Terdapat 2 bidang mendapat markah tertinggi di kalangan polycc iaitu EC dan WR .

Lawatan Penada Aras KYPJ Ke Pis.

Tarikh : 11 DISEMBER 2024. Satu lawatan penanda aras telah dilaksanakan oleh Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) . Lawatan pihak KYPJ telah diketuai oleh YBrs. Puan Haslinda binti Hashim, Pengurus Akademik dan Pengantarabangsaan KYPJ dan telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik, PIS dan YBrs. Encik Kharim bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PIS. Turut… Read More »Lawatan Penada Aras KYPJ Ke Pis.

Kursus Canva 2025

Mulakan tahun baru anda dengan kursus CANVA yang menarik dan interaktif sesuai untuk pelbagai keperluan masa kini. Kursus dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan. Maklumat kursus adalah seperti berikut: Tarikh: 12 Januari 2025 (Ahad) Masa: 8.00am – 1.00pm Tempat: Makmal CAD1, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan Jom daftar sekarang di https://tinyurl.com/canva-PSH KAMI TUNGGU DI SANA!!!

Info Kemasukan Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025

Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025 Semakan Keputusan Permohonan kemasukan sesi II 2024/2025 PERMOHONAN E-RAYUAN SESI II 2024/2025 boleh dimohon bermula pada 5 Disember 2024, pukul 5pm di portal BAPP https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp