Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) melaksanakan ๐๐ฎ๐๐ข๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ฎ๐๐ง ๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐:๐๐๐๐ oleh SIRIM ๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ sebagai sebahagian daripada usaha berterusan institusi memastikan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti serta mengekalkan pematuhan terhadap keperluan standard yang ditetapkan.
Audit pemantauan selama dua hari ini dilaksanakan oleh pasukan juruaudit terdiri daripada ๐๐ง. ๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐๐ข๐ง ๐๐ ๐๐๐ข๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ข๐ญ ๐๐๐ง ๐๐ง. ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฏ๐๐ญ๐ก๐ฒ ๐/๐ ๐๐ฎ๐ง๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ญ๐ก๐๐ซ.
Mesyuarat pembukaan audit dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Akademik), YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, manakala mesyuarat penutup dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Governan dan Strategik), Tuan Haji Hamzah bin Zakaria. Kedua-dua sesi turut melibatkan Ahli Mesyuarat Pengurusan serta urus setia Unit Kualiti PIS.
Pelaksanaan audit ini menjadi platform penting untuk menilai pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015, di samping mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memperkukuh sistem pengurusan, meningkatkan kecekapan proses kerja dan memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan institusi sentiasa terpelihara.
Komitmen seluruh warga PIS dalam menjayakan audit ini mencerminkan kesungguhan institusi untuk terus membudayakan amalan kerja berkualiti serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan demi kecemerlangan organisasi.



