Skip to content
Home » Visi & Misi

INFO KORPORAT

Visi & Misi

Visi

Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul
To Be The Leading-Edge TVET Institution


Misi

  • Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
    To provide wide access to quality and recognized TVET programmes
  • Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat
    To empower communities through research, innovation and life-long learning
  • Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
    To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduates
  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak-pihak berkepentingan
    To capitalise on smart partnership with stakeholders
  • Mengungguli bidang kejuruteraan, teknologi reka bentuk dan hospitaliti bercirikan bidang tujahan reka bentuk kreatif.
    To be the forefront in engineering, design technology and hospitality disciplines emphasizing on the niche area of creative design.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti PIS adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, teknologi reka bentuk dan hospitaliti melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan dan kepatuhan undang-undang. PIS komited untuk memastikan kehendak pihak berkepentingan pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Organisasi

Mencapai 100% dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Politeknik Ibrahim Sultan.

Kecemerlangan Staf

Memastikan semua staf PIS menghadiri kursus/bengkel/seminar merujuk arahan pekeliling yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Kecemerlangan Akademik

1. Kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 92% bagi setiap semester.

2. Mencapai sekurang-kurangnya 25% pelajar yang lulus untuk setiap program Ijazah Sarjana Muda , Diploma dan Sijil bagi setiap semester mencapai Purata Nilai Mata (PNM) 3.00 atau lebih.

Kecemerlangan Proses

Memastikan semua prosedur mencapai objektif kualiti dalam Sistem Pengurusan Kualiti.