UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (UTM)
Unit Teknologi Maklumat (UTM) mula ditubuhkan pada Dis 2001. Unit ini bertanggung jawab sepenuhnya terhadap infrastruktur serta perkhidmatan ICT di Politeknik Ibrahim Sultan. Selain daripada itu, UTM juga menguruskan perkakasan, perisian dan sistem aplikasi PIS. Unit ini turut memberikan bantuan dan perkhidmatan teknikal ICT kepada warga kerja dan pelajar PIS.
Uni Teknologi Maklumat terdiri daripada 13 orang kakitangan :-
- Ketua Unit (Pegawai Teknologi Maklumat F44/F41)
- 2 Pegawai Teknologi Maklumat (F44/F41)
- 6 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)
- 1 Juruteknik Komputer (FT 22)
- 3 Juruteknik Komputer (FT19/FT22)
Objektif Unit
- Mengurus dan Menyelenggara infrastruktur rangkaian kampus, perkakasan, perisian dan sistem / aplikasi.
- Memastikan pengguna (End_user) mendapat manfaat yang sepenuhnya dari Sistem Rangkaian Kampus.
- Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
- Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
- Meningkatkan kesedaran dan Mendidik Budaya Penggunaan Teknologi Maklumat yang baik di dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan PIS
- Memberikan Perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada pengguna seiring dengan keperluan semasa.
- Melindungi perkhidmatan ICT daripada serangan siber dan pencerobohan
Antara fungsi Unit Teknologi Maklumat adalah :-
- Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara segala aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan Sistem Rangkaian Kampus PIS
- Mengemaskini Portal Rasmi PIS dan memastikan kandungan portal adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess.
- Meyelenggara dan menguruskan aplikasi yang digunakan di PIS seperti SPMP, ILMU, Portal dan lain-lain.
- Merancang, membangun, menguji ,melaksana dan menyelenggara aktiviti-aktiviti berkaitan sistem aplikasi di PIS.
- Merancang perolehan, mengurus dan mengawalselia aset ICT di semua jabatan dan unit.
- Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan dengan ICT kepada jabatan dan unit.
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Teknologi Maklumat
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : (Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : ictpis@pis.edu.my