Skip to content

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Sultan Ibrahim Sultan merupakan salah satu unit yang berada di bawah Sokongan Akademik di mana ianya berfungsi sebagai pemudahcara di dalam aspek pembangunan dan kemahiran insaniah terhadap pelajar dan kakitangan. Objektif perkhidmatan UPPsi adalah penyampaian perkhidmatan psikologi yang terbaik dan inklusif kepada pemegang taruh berkepentingan  (personel/pelajar) yang sejahtera serta cemerlang dalan segenap aspek tingkah laku, mental, emosi termasuklah kognitif.

Pada tahun 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 29 Tahun 2007 iaitu perubahan Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor kepada Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi. Sehubungan itu, unit yang dahulunya dikenali sebagai Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK) kini telah berubah wajah dan sekarang ini dikenali sebagai Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) selaras dengan penempatan Pegawai Psikologi bagi menggantikan jawatan Pegawai Kaunseling di seluruh Politeknik Malaysia.

Visi

Melahirkan Graduan TVET yang berkualiti di dalam aspek psikologi.

Misi

Menyediakan perkhidmatan pengurusan psikologi berdasarkan 4 jenis medium aplikasi psikologi iaitu Pembangunan, Penilaian, Penyelidikan dan Intervensi berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 : Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Fungsi / Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh UPPsi adalah merangkumi :-

  1. Sesi kaunseling / bimbingan individu.
  2. Sesi kaunseling / bimbingan kelompok
  3. Tele-kaunseling / e-kaunseling
  4. Program Kompetensi dan Pembangunan Diri
  5. Ujian Psikologi
  6. Terapi Seni
Carta Organisasi
Rujukan / Panduan

Fasiliti / Kemudahan

Antara kemudahan yang terdapat di UPPSi

  1. Ruang Tamu dan Zon Raudhah
  2. Bilik Kaunseling Kelompok
  3. Bilik Rehat
  4. Bilik Terapi Diri
  5. Bilik Solat (Lelaki dan Perempuan – berasingan)
  6. Bilik Mesyuarat
Aktiviti

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Pengurusan Psikologi
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim


Tel : (Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : uppsi@pis.edu.my