UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI)
Latihan Industri merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang mesti di penuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan sijil atau diploma. Pelajar dari kursus sijil dan diploma serta pelajar pendidikan khas akan menjalani latihan industri pada semester akhir (LISA) iaitu semester 4 (Sijil dan Pendidikan Khas) dan semester 6 (Diploma).
Objektif Unit
Memastikan semua pelajar yang layak berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan industri yang menjadi syarat untuk lulus pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PIS dengan syarikat / agensi dapat dikekalkan.
Objektif Latihan Industri
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti. Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang telah mereka perolehi di Politeknik Ibrahim Sultan.
Antara fungsi dan perkhidmatan Unit Perhubungan & Latihan Industri adalah:-
1. Mencari tempat latihan industri.
2. Penempatan pelajar.
3. Lawatan dan Penyeliaan pelajar di syarikat / agensi.
4. Memanggil balik pelajar yang akan menamatkan latihan industri.
5. Pendaftaran pelajar tamat latihan.
6. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah menjalani latihan industri.
1. Pelajar hanya boleh mengulang LI sekali sahaja sepanjang pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan.
2. Pelajar akan gagal jika:
a. Gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan industri pada tarikh yang ditetapkan.
b. Diberhentikan oleh syarikat / agensi.
c. Menjatuhkan nama baik politeknik semasa menjalani latihan industri.
d. Cuba untuk menipu atau mencuri semasa menjalani latihan industri.
e. Penilaian di bawah tahap lulus.
Waktu Operasi
AHAD – RABU
8.30 pagi – 5.00 petang
KHAMIS
8.30 pagi – 3.30 petang
JUMAAT, SABTU DAN CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Perhubungan & Latihan Industri
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : upli_pis@pis.edu.my / uplipis19@gmail.com