Skip to content
Home » Berita » Staf & Pelajar Pis Bersama Di Sesi Town Hall & Podcast Bersama Datuk Bandar Majis Bandaraya Pasir Gudang.

Staf & Pelajar Pis Bersama Di Sesi Town Hall & Podcast Bersama Datuk Bandar Majis Bandaraya Pasir Gudang.

Tarikh : 17 JULAI 2025.

Pelajar dan staf PIS telah bersama-sama menghadiri satu program sesi Town Hall & Podcast Bersama Datuk Bandar Majis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang di Atrium, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang sendiri telah bebesar hati bersama turun padang melaksanakan program ini bersama warga komuniti pasir Gudang. Warga PIS telah hadir sama diketuai oleh YBrs Hj. Ulaimi bin Yahya, pengarah PIS, YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, Pn. Rohaida binti Radzi, CiDe, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS, Dr. Zauyani Binti Zainal Mohamed Alias, Ketua unit Pengantarabangsaan PIS, Puan Nor Marlina binti Othman, Ketua Program Diploma Seni Kulinari dan Hj Johaini bin Ibrahim, Ketua Unit UKK serta 10 orang pelajar PIS.

Program ini telah diadakan dalam usaha pihak MBPG berkongsi inisiatif, halatuju serta peranan bersamanya bersama warga pasir Gudang yang mefokuskan pendidikan dan keusahawanan dalam menjayakan aspirasi “Pasir Gudang Sejahtera”. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Yang Berhormat Datuk Bandar Pasir Gudang telah membuat serahan bantuan peranti kepada 10 orang pelajar terpilih dalam memudahkan mereka melaksanakan pengajian sepanjang berada di institusi pada penutup majlis. Semoga melalui usaha yang dilaksanakan oleh MBPG akan mencapai halatujunya Pasir Gudang Perkasa 2030.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *