Skip to content
Home » Berita » Shamimi Fazrieyana Zainun Pemenang Program Realiti Outfit Of The Day (OOTD)

Shamimi Fazrieyana Zainun Pemenang Program Realiti Outfit Of The Day (OOTD)

Tarikh : 24 JANUARI 2025.

Pemenang OOTD PIS dimana dengan rasminya telah ditayangkan episode Finale di RTMklik. Tahniah Shamimi Fazrieyana Zainun pelajar Diploma Reka Bentuk Fesyen dan pensyarah pembimbing Zamila Zainal serta Irni Suhana Ismail. Program telah disempurnakan oleh Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program realiti Outfit Of The Day (OOTD) merupakan program pertandingan fesyen berbentuk realiti TV yang diterbitkan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di mana seramai lima orang pelajar bidang fesyen daripada beberapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) telah dipilih menyertai program realiti ini yang dihoskan Nurel Baharin.

Lima peserta tersebut adalah Shamimi Fazrieyana Zainun dan Siti Sabilah Zulkefle dari Politeknik Ibrahim Sultan, Kamarul Amran dari Kolej Komuniti Kuching, Nur Nabila Huda Mohamad Faid dari Kolej Komuniti Rembau dan Afiq Azrul Iskandar dari Kolej Komuniti Selayang.

Dalam pertandingan ini, seorang peserta dikehendaki menyiapkan dua pasang busana untuk personaliti RTM dalam tempoh 120 jam. Mereka juga akan dibantu dengan tunjuk ajar daripada tiga orang mentor yang berpengalaman dalam bidang fesyen yang juga merupakan alumni bidang TVET iaitu Muhammad Sayuti, Anis Aziz dan Zulina Kamarulzaman.

Melalui tugasan yang diberikan, setiap peserta perlu menghasilkan busana untuk lima personaliti RTM iaitu Raja Suefia Raja Arif, Syafiqah Ishak, Jeed Zulkefli, Olivia Constance Nicholas dan Eiasha Aneyza.

Program OOTD ini telah bersiaran selama 10 episod bermula pada 21 Disember 2024 (Sabtu) pukul 7 malam dan boleh ditonton secara penstriman langsung di https://rtmklik.rtm.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *