Skip to content
Home » Berita » Sesi ‘flag-off’ delegasi PIS yang akan berangkat ke Seoul Korea bagi program kolaborasi bersama Halal Korea Co. Ltd

Sesi ‘flag-off’ delegasi PIS yang akan berangkat ke Seoul Korea bagi program kolaborasi bersama Halal Korea Co. Ltd

Tarikh : 13 FEBRUARI 2025.

Satu sesi ‘flag-off’ delegasi PIS yang akan berangkat ke Seoul Korea bagi program kolaborasi bersama Halal Korea Co. Ltd. dan Program Seoul Modest Fashion Festival 2025 di Korea pada 17 hingga 19 Februari 2025. Pelaksanaan program pasukan delegasi PIS ini adalah usaha gabungan Unit CISEC dan CDeC PIS. Lawatan ini bertujuan menerobos peluang dan ruang dalam pelaksanaan pendidikan TVET bersama industri luar nagara dalam jalinan kolaborasi bagi bidang fesyen dan reka bentuk kreatif, serta memperluaskan jaringan strategik berimpak tinggi dengan pemain industri antarabangsa.

Program ini juga membawa bersama hasil projek akhir pelajar terpilih bagi Program Diploma Rekabentuk Fesyen PIS dan projek Health Monitoring and Safety Smart Jacket for Deaf Community oleh pensyarah PIS yang akan dipamer dan diperagakan semasa program Seoul Modest Fashion Festival 2025 di Korea pada 18 -19 Februari 2025. Wakil delegasi terlibat adalah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Firdaus Bin Mohd Noor, TPSA PIS, Puan Suhaila Binti Basar, Ketua Unit CISEC, Encik Mohamad Zaidi Bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC, Dr. Muhammad Helmi Bin Abu Bakar, Ketua Unit Strategik, Hj. Johaini Bin Ibrahim, Ketua Unit UKK, Dr. Nurul Shida Binti Noni, Pensyarah Utama PIS, Puan Nurrul Asmar Binti Azhan, Pensyarah Kanan JRKV, Cik Zamila Binti Abu Zainal, Pensyarah JRKV.

Semoga program ini memberi petunjuk positif dalam kolaborasi industri antarabangsa yang berimpak tinggi PIS bermula pembukaan tirai tahun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

enms