Tarikh : 12 JUN 2025.
Satu pameran ambilan pelajar baru, Politeknik Ibrahim Sultan di bawah kendalian Unit Komunikasi Korporat PIS telah di adakan sempena Karnival EDU-TVET Dan Kerjaya 2025 (JOM MASUK POLYCC) di Segamat Central Mall, Segamat, Johor. Festival ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kolej Komuniti Segamat dan telah disertai oleh Pempamer dari POLYCC Zon Johor, Agensi dan Syarikat sekitar Segamat. Majlis Perasmian Festival EDU TVET dan Kerjaya 2025 ini teleah disempurnakan oleh YB Anuar bin Abdul Manap, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Segamat merangkap ADUN Pemanis.
Pameran reruai PolyCC telah dikendalikan oleh YBrs. Hj. Johaini bin Ibrahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS, Puan Rabiaton Adawiah bt Ahmed Tajudin, Pegawai Perhubungan Awam PIS dan Puan Noorlinda binti Nuardin, Pegawai Tadbir/Operasi UKK PIS. Pameran reruai mempromosikan semua penawaran pengajian meliputi Sijil Kemahiran Khas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di PIS. Semoga pameran ini memberi manfaat dan makluman kepada pengunjung terutama pelajar di sekitar komuniti Segamat dan sekitarnya.



