Tarikh : 03 MEI 2025.
Satu Program Sukarelawan Gotong-royong Peringkat Komuniti telah diadakan di Sekolah Agama Kopok Baru. Program ini melibatkan semester 1 dan 2 daripada pasukan beruniform PISPA (Pasukan Institusi Sukarelawan Pertahanan Awam), Politeknik Ibrahim Sultan. Tujuan utama program ini adalah untuk menceriakan bangunan bilik mesyuarat sekolah agama dengan hasil lukisan mural yang berunsurkan geometrikal. Program ini bukan sahaja memberi wajah baharu kepada persekitaran sekolah, tetapi juga memupuk semangat sukarelawan dan kerjasama antara pelajar institusi pengajian tinggi dengan komuniti setempat.
Program telah mencapai impak iaitu mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang lebih menarik dan kondusif, khususnya di bilik mesyuarat guru agama, meningkatkan kesedaran sivik dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar politeknik, dan mempererat hubungan kerjasama strategik antara Politeknik Ibrahim Sultan dan Sekolah Agama Kopok Baru.
#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams



