Tarikh : 23 FEBRUARI 2025.
Program Malam 1 Rasa ini adalah merupakan program yang telah dianjurkan oleh Persatuan Jawa Pt. Bugis Muar dengan kerjasama penyelarasan dari Pengurusan Kokurikulum, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) yang diadakan di Keraton Embah Anang. Seramai 5 orang pensyarah telah turut serta dalam pelaksanaan ini.
Politeknik Ibrahim Sultan berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pelaksanaan program ini dengan melibatkan seramai 25 orang pelajar dari Kursus Kokurikukum Kelab Gamelan 2 dan Kelab Tarian Tradisional 2 telah dalam sesi pembelajaran Bengkel Gamelan bersama dengan 6 orang tenaga pengajar dari kumpulan Nada Sukma, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) .
Pada aktiviti malam hari, para pelajar PIS diberi peluang untuk membuat persembahan silang budaya bersama dengan pelajar-pelajar yang telah bergiat secara aktif dalam bidang seni tari tempatan dan juga pelajar dari Sekolah Alam Pacitan Indonesia.
Terima kasih kepada Persatuan Jawa Pt. Bugis kerana sudi bekerjaama dan semoga usaha ini merupakan langkah awal dalam menjalin hubungan bagi memeriahkan seni budaya tempatan dan antarabangsa melalui Malam 1 Rasa (objektif dan tujuan yang sama).



