Tarikh : 10 NOVEMBER 2024.
Pasukan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai pameran reruai di Majlis Peluncuran JERAYAWARA FESTIVAL IDEA di IOI City Mall, PUTRAJAYA bermula 9 hingga 10 November 2024. Pasukan dari JRKV telah diketuai oleh YBrs Encik Hanizam Hussin, Ketua Jabatan JRKV dan Encik Mohd Izswan bin Mohd Sidik serta pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen, JRKV. Pada majlis ini peluncuran Jerayawara Festival Idea Putrajaya telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang pada 09 September 2024.
Semoga program ini dapat memberikan pendedahan positif dan melonjakkan lagi perkongsian dalam inovasi serta ilmu pengetahuan ke peringkat lebih luas